Kuliah Ilmu: Mencari Sirna Hakiki

P7310194

Petaling Jaya, 1 Ogos: Biro Kerohanian, Persatuan Jururawat Pelatih (PJP), Pusat Perubatan Universiti Malaya telah menganjurkan kuliah ilmu. Kuliah ini mensasarkan pelajar tahun dua kolej kejururawatan tersebut dan turut dihadiri beberapa orang tenaga pengajar kolej tersebut. Kuliah ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Faisal Bin Mustaffa, yang merupakan fasilitator di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd.

Kuliah yang di adakan di Dewan 4.2, Kompleks Pendidikan Sains Kejururawatan ini bertajuk “Mencari Sirna Hakiki dalam Pembentukkan Sahsiah Peribadi”.

P7310199

Program selama 2 jam ini adalah bertujuan memberikan kesedaran kepada pelatih-pelatih jururawat supaya menjadi seorang jururawat yang menghayati nilai-nilai murni Islam di dalam pekerjaan mereka. Kuliah ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 11.20 pagi.

Selepas sesi ceramah diadakan, sedikit tayangan video yang disediakan oleh Unit Penerbitan dan Multimedia PJPPPUM. Selepas itu, Saudari Anum selaku pengerusi majlis menangguhkan majlis dengan membaca tasbih kiffarah dan surah Al-Asr. Kemudiannya para peserta dihidangkan dengan sedikit jamuan ringan.

0 comments:

Post a Comment

Profail

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Detik Masa


Pesanan


Kunjungan

Pengunjung