siapa tokoh sebenar jururawat?




nurseDulu masa nursing student, kita diajarkan bahawa Florance Nightingale merupakan pengasas kejururawatan yang pertama perlu kita contohi. Tetapi sering saya terfikirkan, sebagai seorang Islam, kenapa perlu kita agungkan Florance Nightingale (Lady With The Lamp)? Kenapa tidak Rufaidah binti Sa’ad Al-Aslami? Kemungkinan besar kebanyakan daripada kita tidak tahu atau tidak mahu mengambil tahu tentang perkara ini malahan sanggup mengangungkan orang barat yang terang-terang mahu memesongkan fakta. Di sini bukan bermakna saya racist tetapi sekadar memperkukuh akidah umat Islam.

Oleh itu di sini saya akan memperkenalkan dua tokoh ini dan saya amat berharap supaya anda dapat menilai antara dua tokoh ini.

FLORANCE NIGHTANGALEnightingale-florence_nightingale20copy

Mengikut sejarah, Florance Nightingale adalah seorang gadis British yang lahir pada 12 May 1820 diVilla La Columbia di Florence. Ayah beliau ialah Willian Edward Nightingale anak lelaki kepada William Shore seorang banker di Sheffield.. Dia telah bekerja di Military HospiTal di Crimea. Seorang wanita yang dihormati kerana telah membantu askar-askar yang telah tercedera semasa peperangan. Disebalik membantu askar-askar tersebut, dia telah melakukan seks bersama-sama askar tersebut.

Rufaidah binti Sa’ad Al-Aslami

Beliau adalah pengasas jururawat yang pertama sebelum Florance nightingale. Nama sebenar beliau ialah Rufaidah binti Sa’ad.Beliau adalah dari kaum Khazraj.Beliau dilahirkan di Yathrib sebelum nabi Muhamad (s.a.w) tiba di Mekah dan antara orang Ansar yang memeluk Islam dan ayahnya merupak seorang tabib (doktor). Beliau mempelajari ilmu kejururawatan semasa membantu ayahnya bekerja.Beliau adalah seorang pengurus dan ketua yang berkebolehan, mampu menggerakkan masyarakat untuk menghasilkan pekerjaan yang terbaik. Beliau mempunyai klinikal skill yang tinggi dan beliau mampu mengajarkan kepada para wanita lain. Beliau juga “public health nurse” di mana beliautelah keluar ke kawasan masyarakat untuk memberi servis kepada masyarakat dengan percuma.

Ketika kota Madinah dalam proses berkembang, Rufaidah رضي الله عنها mengabdikan diri merawat kaum muslimin yang sakit, dan membina khemah di luar Masjid Nabawi ketika suasana damai. Dan ketika perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar beliau menjadi sukarelawan dan merawat tentera Islam yang terluka akibat perang. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sendiri memerintahkan prajurit yang cedera dirawat olehnya. Contohnya sewaktu perang Khandaq, Sa’ad bin Mu’adh رضي الله عنه yang cedera telah dihantar ke khemah ‘perubatan’ yang dibina di medan perang Khandaq dan dirawat oleh Rufaidah رضي الله عنها.

Semasa di dalam satu peperangan,beliau telah merawat Sa’ad bin Ma’adah dengan mencabut anak panah yang telah tertusuk di tangannya dan beliau telah berjaya menghentikan pendarahan. nabi Muhammad S.a.w telah beberapa kali melawat nya di khemah. akhirnya, Sa’ad Al-Ma’adah telah meninggal dunia semasa peperangan Bani Quraidat.

Rufaidah telah berjaya melatih sekumpulan wanita sebagai jururawat. Apabila Nabi Muhammad telah bersiap sedia untuk ke tempat peperangan Khaibar, Rufaidah dan sekumpulan jururawat sukarelawan telah berjumpa Nabi Muhammad s.a.w untuk meminta kebenaran untuk bersama-sama dalam peperangan tersebut dan nabi Muhammad s.a.w telah memberi kebenaran untuk bersama-sama dalam peperangan tersebut untu merawat para askar yang tercedera.

Sejarah Islam juga mencatat beberapa nama yang bekerja bersama Rufaidah رضي الله عنها seperti : Ummu Ammara, Aminah, Ummu Aiman, Safiyah, Ummu Sulaim dan Hind. Selain itu jururawat Islam yang terkenal adalah Ku’ayibah, Aminah binti Abi Qays al Ghifariyah, Umm ‘Atiyyah al Ansariyah, and Nusaibah binti Ka’ab al Maziniyyah, Rubayyi’ bt Muawwiz dan lain-lain. Maka sejarah ini perlu diperbetulkan kembali.


Read More

salam peperiksaan..






SELAMAT MENJALANI EXAM BUAT ADIK2 KD25 DAN KD26..
DO THE BEST.. MAKE YOUR SENIORITA AS A ROLE MODEL... ACHIEVE DEAN LIST MORE THAN THAT.. ALL THE BEST...

USAHA+ DOA + TAWAKKAL= BERJAYA

MOGA SENTIASA DALAM RAHMATNYA SLALOOO..


Read More

SALAM AIDILADHA...




Selamat Hari Raya Aidiladha..
moge2 setiap titis dan langkah pengorbanan kita diredhai dan dirahmatiNYA..


Read More

AIDILADHA: SATU KEKURANGAN SERIBU KELEBIHAN




Semuanya tiada.

Tiada Jualan Murah.

Tiada Lagu Raya.

Tiada rancangan khas di televisyen.

Tiada mercun dan panjut menghias malam.

Segalanya tiada.


Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja.

Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?

Satu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya Takbir, Solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga. Hakikatnya itulah makna sebuah Hari Raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, bukan hari melakar dosa.

Syukur pada-Mu ya Allah. Aidil Adha masih terpelihara. Masih jauh daripada pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya.

KEKURANGAN YANG SATU

Kekurangannya hanya pada yang satu.

Anak-anak tidak pulang ke desa.

Jika ada pun, mungkin di hari kedua. Kerana komitmen kerja dan tanggungjawab yang tidak mengenal Raya. Kampung halaman kurang menerima kepulangan anak kota.

Namun…

Andai kekurangan itu membolehkan anak-anak menjadi soleh dan terhindar daripada dosa, maafkanlah kekurangan itu duhai sang ayah, duhai sang bonda. Mungkin takbir Aidil Adha sedikit sepi daripada gelak tawa mereka, tetapi jika dengan itu anak-anak bisa lebih patuh kepada yang Esa, maafkanlah kekurangan itu.

Anak yang akan memanjangkan doa selepas matimu, bukan semestinya anak yang selalu pulang, andai pulangnya membawa dosa. Anak yang doanya didengar Tuhan, bukan semestinya anak yang pulang dengan hilai tawa kegembiraan, andai ketawa itu hanya menjauhkan keluarga daripada-Nya.

Anak yang doanya didengar Tuhan, adalah anak yang soleh, anak yang patuh kepada Tuhan. Biar pun di Aidil Adha mereka dan ibu bapa terpisah berjauhan.

Ibrahim jauh daripada keluarganya. Hajar dan Sarah sering jauh daripada suami mereka. Ismail dan Ishak sering berjauhan daripada ayahanda, namun rumahtangga itu memancarkan sejuta kehebatan. Biar tubuh terpisah di ufuk mentari, semuanya hampir, dekat di hati.

Jauh adalah pada jauhnya semua daripada-Nya.

Dekat adalah pada intimnya kita mendampingi Dia.

Justeru pada satu kekurangan di Aidil Adha, maafkanlah anakanda yang kejauhan.

Kerana mungkin dalam kekurangan itu, doa si anak lebih didengar Tuhan.

Maafkan kami wahai ayah dan bonda.

Ampunkan kami wahai Tuhan yang Maha Memaafkan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG


Read More

Inner Journey Through Heart

“Jauh perjalanan,indah permandangan,luas pengalaman”

Bunyi ungkapan melayu itu menggetarkan gegedang external ear kita,mengetuk 3 tulang osikel di middle ear kita,meransang saraf koklea di inner ear mencetuskan impuls dan seterusnya di hantar ke temporal lobe untuk diinterpretasikan dalam bentuk tindakan..adakah memerlukan kita menutup telinga atau memalingkan wajah mencari bunyi tersebut...subhanallah..sebuah inner journey yang perlu difikirkan bersama.

Manusia adalah model ciptan Allah yang paling sempurna.Sebentuk jasad manusia diciptakan dengan jutaan organisasi yang sangat kompleks,bermula dari sel mampu membina satu system melengkapkan keperluan manusia mengikut fisiologi setiap sistem.


Learning 1 :Jantung yang Komited dan Amanah

Fakta: Jantung mengepam lebih kurang 60-80 bpm(beat per minute)=4,800 kali per jam=115,200 kali persehari = 3,456,000 kali setiap bulan =41,472,000 kali setiap tahun.


Inward Looking :Jantung sangat komited dan amanah dalam menunaikan tugas dari Allah,terus bekerja tak henti-henti walau sekejap kecuali apabila Allah mencabut Amanah-Nya dari badan kita(mati).

Monolog Diri : Adakah kita bersifat seperti jantung?Apakah kita akan berhenti dari menunaikan Amanah-Nya sebagai “Leader” dimuka bumi ini ?Sedangkan Dia belum mencabut Amanah Jantung dan Amanah Leader pada kita?



Learning 2 :Jantung yang memisahkan hak dan batil

Fakta: Jantung membawa darah yang beroksigen(oxygenated) dan juga darah yang tinggi karbondioksida(deoxygenated). Darah yang deoxygenated akan mengalir dari seluruh salur darah vena ke vena jantung di bilik kanan(RA dan RV) sebelum di oxygenate di paru-paru. Darah yang dioxygenated di paru-paru tadi pula akan mengalir ke jantung di bilik kiri (LA dan LV).Hebatnya,dengan adanya 4 bilik dalam jantung(2 bilik kanan – Right Atrium dan Right Ventrikel,2 bilik kiri –Left Atrium dan Left Ventrikel) darah tidak bercampur.Bilik kanan untuk tak beroksigen dan bilik kiri untuk oksigen.
Pesakit yang menghidap penyakit jantung berlubang akan mengalami percampuran darah yang menyebabkan fisiologi sistem badan manusia berubah dan kucar kacir.

Inward Looking : Allah mengajar kita memisahkan antara perkara hak dan batil.Jika berlaku percampuran akan terjadinya kerosakan.

Monolog diri :Adakah percampuran itu telah berlaku disekeliling kita?Apakah kesan kepada masyarakat manusia jika percampuran terus berlaku?

Learning 3 :Jantung yang Dermawan

Fakta :Setiap kali degupan,jantung mengepam lebih kurang 82ml darah beroksigen ke seluruh tubuh setiap hari.Untuk memenuhi keperluan dan demand body,apa yang mengagumkan darah yang dialirkan ke seluruh badan adalah sama bayak dengan darah yang pulang ke vena jantung.Hanya sebahagian kecil darah beroksigen yang digunakan oleh otot jantung untuk aktiviti jantung.
Jika berlaku pengumpulan darah di jantung,kegagalan jantung akan berlaku.Sistem tubuh terutama organ –organ vital akan mengalami gangguan.

Inward Looking : Islam cuba mengajar, dalam kita berusaha mencari rezeki,kita perlu ingat pada individu yang memerlukan.Berbelanjalah dengan bijak untuk keperluan kita dan orang ramai.

Monolog diri : Adakah kita telah menyumbang dan memberi serta bersedekah dan berzakat?
“Dan Allah memberi sebahagian kamu keutamaan di atas yang laindalam hal rezeki.Tetapi tidaklah orang yang diberi keutamaan,memberikan lagi rezeki kepada hamba-hambanya supaya mereka samamenikmatinya.Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah?”
(An Nahl:71)

Belajar ,fikir dan zikir dalam proses inward looking pada mengenali model ciptaan paling sempurna.


Read More

Paradigma Dalam Teori Kejururawatan

Kenali kehebatan dan potensi Diri

Oleh: Hadillah Bt Halid

Barat pernah berada di Zaman Kegelapan akibat dari keenganan membuka akal dan mata dan ego serta prejudis terhadap Islam.Hanya selepas Eropah bersedia untuk menerima segala yang berfaedah untuknya, maka barulah terbit cahaya di hujung akal mereka untuk menyalakan Zaman Pencerahan.Kesediaan mereka untuk mengambil apa sahaja yang bermanfaat, telah menyuntik kekuatan kepada Eropah keluar meninggalkan dunia gelap kepada kemajuan yang berterusan hingga ke hari ini.Umat Islam adalah umat yang hebat.Dalam satu episode yang mengagumkanberjaya menguasai dunia dengan ilmu dan tamadun .A.M Lothrop Stoddard didalam The New World of Islam berkata ,” Kebangkitan Islam adalah episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia.Ianya lahir di bumi yang tak terkenal kemudian dalam jangka masa hanya satu abad ia berkembang sehingga menguasai separuh alam.Dalam proses itu ianya meruntuhkan empayar-empayar besar dan serentak dengan itu membentuk hati-hati manusia sehingga akhirnya berjaya menegakkan dunia baru iaitu dunia islam.” (7 Fomula Individu Cemerlang,Dr Danial Zainal Abidin)

Itulah kehebatan empayar Islam di zaman kegemilangan dahulu..


Jururawat IslamBagaimana kita melihat isu Jururawat Islam?Apakah yang dikehendaki oleh Jururawat Islam?Adakah menjadi satu kesilapan jika kita mengambil manfaat dari tokoh jururawat barat Florance Nightingale dan Virginia Herderson yang tidak Islamik?adakah lengkap dengan kita hanya menjadikan tokoh jururawat Nusaybah dan Rufaidah sebagai model kejururawat Islam?



Pendapat inurses,kita perlu kembali kepada fungsi dan tujuan kerjaya jururawat sebelum menjawab persoalan-persoalan tersebut.Fungsi kor Jururawat adalah memberi perawatan
kepada pesakit sehingga mendapat kesembuhan.

NAQAL HIKMAH
Islam pernah menawan 2/3 dunia hanya dalam jangka masa satu abad sahaja.Tamadun yang dihidupkan oleh Islam ini subur digerakkan oleh ciptaan-ciptaan baru,Tradisi keilmuan terus berkembang.Arkitek mampu membina bangunan tinggi yang melawan gravity.Al-Khawarizmi mencita konsep algebra dan algoritma.Ibnu Sina menemui ubatan baru untuk merawat pesakit.Tidak dinafikan kegemilangan sains dalam tamadun islam mendahului zaman.Persoalannya sekarang,kenapa Eropah yang pernah mengalami zaman gelap sekarang diagung-agungkan sehingga hari ni?dalam tidak sedar Eropah telah menggunakan “hikmah” sebenarnya..

“Hikmah itu adalah barangan yang tercicir (dari tangan) orang
Mukmin. Di mana pun beliau menemuinya, maka dialah yang paling berhak terhadapnya”

Hikmah itu bisa sahaja diertikan sebagai segala perkara baik yang menepati keperluan Mukmin. Ia pula bukan sahaja sesuatu yang dianggap ‘harus diguna’ malah digesa mengambilnya apabila ditegaskan betapa Mukmin yang menemuinya menjadi manusia yang paling berhak ke atas hikmah itu.Maka, apa sahaja yang terbaik dalam segala yang baik, seorang yang beriman mesti memanfaatkannya. Kebaikan tidak mempunyai identiti Timur atau Barat, Utara atau Selatan. Asalkan pada asasnya tidak melanggar sunnatullah.


Teori 14 keperluan activity daily living (ADL) yang dicetuskan oleh Virginia Henderson akan membantu pesakit..jadi ianya adalah“hikmah”

• Breathe normally.
• Eat and drink adequately.
• Eliminate body wastes.
• Move and maintain desirable postures.
• Sleep and rest.
• Select suitable clothes-dress and undress
.• Maintain body temperature within normal range by adjusting clothing and modifying
environment
• Keep the body clean and well groomed and protect the integument
• Avoid dangers in the environment and avoid injuring others.
• Communicate with others in expressing emotions, needs, fears, or opinions.• Worship according to one’s faith.
• Work in such a way that there is a sense of accomplishment.
• Play or participate in various forms of recreation.
• Learn, discover, or satisfy the curiosity that leads to normal development and health and use the available health facilities.

"The unique function of the nurse is to assist the individual, sick or well, in the performanc
e of those activities contributing to health or its recovery (or to peaceful death) that he would perform unaided if he had the necessary strength, will or knowledge. And to do this in such a way as to help him gain independence as rapidly as possible" (Henderson, 1966)

Jadi tidak menjadi kesalahan jika kita mengambil prinsip-prinsip dan teori kejururawatan yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh jururawat barat seperti Florance Nightigale dan Virginia Henderson dalam bidang kejururawatan..kerana kita mengambil “hikmah” “segala perkara baik” dari prinsip-prinsip tersebut.Ia akan menepati keperluan dalam memajukan perawatan.

Kita
bukan mengagung-agungkan Eropah tetapi kita hanya mengambil “hikmah” untuk kita menjadi lebih maju..lebih kurang menjadikan yang baik itu teladan dan menjadikan buruk itu sempadan.

Kata-kata Imam Malik :“ Tidak gemilang ummat akhir zaman melainkan kembali melaksanakan apa yang telah menyebabkan ummat terdahulu menjadi gemilang”

Nilai Islam dalam Kejururawatan

“Pada masa dahulu seorang muslimah itu memainkan peranan dimedan jihad.Ia telahmelakukan kerja memberi minum tentera dan merawat orang yang luka.Bahkan kadangkala seorang wanita itu turut serta menghunus senjata.Contohnya Ummu Nusaibah binti Kaab kerana mempertahankan Rasulullah SAW dalam peperangan Uhud.”(Mustafa mashyur)

RUFAIDAH AL-ANSHARIYAH ATAU AL-ASLAMIYAH

Rufaidah adalah seorang wanita dari suku kaum Aslam dan anak kepada seorang tabib yang terbilang dikalangan kaumnya di Yathrib ( Madinah ) dan juga di Semenanjung Tanah Arab.

Beliau banyak belajar tentang perihal penyembuhan dan perawatan dari bapanya semasa beliaumembantu bapanya merawat pesakit. Rufaidah merupakan seorang gadis yang mempunyai keperibadian yang mulia,lemah lembut dan bersopan santun. Sifat penyabar,dan penyayangnya telah membantu meringankan kesakitan dan penderitaan para pesakit yang dirawati.

Rufaidah
telah mengistiharkan keislamannya dengan disaksikan oleh utusan-utusan Rasullah SAW di Yathrib setelah mendengar beberapa potong ayat Al Quran,dan keislamannya itu telah menjadikan beliau bersifat lebih sabar dan menyayangi dan mengasihi sesame insan. Beliau telah dengan penuh kerelaan mempertingkatkan usaha dalam dunia perawatan dan melatih ramai wanita dan remaja yang terdiri dari muslimah untuk mendalami ilmu perawatan.

Beliaulah
merupakan pengasas sekolah kejururawatan yang pertama dikalangan umat Islam pada ketika itu.Semasa bermulanya peperangan jihad,Rufaidah telah memohon keizinan dari Rasullullah SAW untuk bersama sama sekumpulan wanita terlatih untuk menyertai medan p
eperangan bagi membantu memberi rawatan kepada para tentera yang tercedera dan yang memerlukan bantuan pengubatan. Selepas peperangan Badar,Rufaidah telah kembali ke Yathrib dengan memulakan satu era perawatan yang baru dengan mendirikan sebuah khemah sebagai markas untuk melaksanakan aktiviti rawatan dan perawatan.

Beliau menghabiskan banyak masa di khemah tersebut untuk berkhidmat kepada orangramai Ibnu Ishaq menyebutnya dalam kisah Sa’ad bin Mu’adz ketika dia terluka diparit pertahanan.Kemudian Rasullullah SAW bersabda: “Tempatkan dia di khemah Rufaidah yang berada di masjid, hingga aku menjenguknya sebentar lagi..” Dalam Al-Adabul Mufrad,Bukhari berkata: Diceritakan kepada kami oleh Abu Nu’aim: Dia berkata:” Ketika lengan Sa’ad terluka ketika peperangan Khandaq,maka dikatakan:

“Bawalah
dia kepada seorang wanita bernama Rufaidah, kerana dia akan mengubati orang-orang yang
terluka “ Adalah Rasullullah SAW apabila singgah ke tempatnya,beliau bersabda:” Bagaimana keadaanmu di petang ini?” Sedangkan apabila waktu pagi, Nabi S.A.W bersabda:

“ Bagaimana keadaanmu diwaktu Pagi?.” Disini jelas menunjukkan kegigihan dan kesungguhan Rufaidah dalam

melaksanakan tugas perawatannya seperti yang digambarkan bahawa beliau bekerja untuk satu jangkamasa yang panjang dan ini jelas diperakui oleh Rasullullah SAW. Maka sesungguhnya Rufaidah adalah perintis bidang Kejururawatan yang terulung.

Khemah Rufaidah di Masjid Nabawi yang dibinanya pada tahun 2 Hijrah bersamaan 624 Masehi,tetap menjadi contoh yang cemerlang dalam bidang Kejururawatan dizaman permulaan Islam sehingga ke hari ini. Sumbangan dan dedikasi beliau jelas mendahului Florence Nightingale iaitu 1200 tahun lebih awal.

Florence Nightingale
(12 May 1820 – 13 August 1910) yang dikenali “The Lady With The Lamp”.Dia terkenal sebagai
pelopor dalam bidang kejururawatan dan sumbangannya bersama 38 volunteer nurses dalam Crimean War.Rufaidah atau Florence Nightingale?

Nilai akidah dan perjuangan
Memasukkan elemen ketuhanan dan ketauhidan dalam melakukan perawatan memberi nilai pada nilai jururawat Islam.Meletakkan sifat hamba pada hubungan dengan Allah dan melaksanakan sifat khalifah pada hubungan dengan manusia.Tidak salah saya mengatakan
‘bekerja’ sama dengan ‘berjuang.’Kembali kepada “Begin with the end in mind”> cita-cita yang
paling tinggi bagi seorang jururawat Islam adalah melihat pegangan utuh (aqidah) itu dijelmakan dalam bentuk penghayatan dan direalisasikan dalam kehidupannya dihospital. Mulakan langkah awal perjuangan dengan kesedaran aqidah.

Nilai Ibadah

Ibadah adalah berhubung dengan hubungan antara hamba dengan Pencipta.Dalam konsep perawatan, ibadah berkait dengan konsep doa dan tawakkal.Mulakan langkah pertama bekerja dengan doa,mulakan perawatan dengan doa dan akhirinya juga dengandoa.Nilai ibadah juga akan dicapai pada menjadikan hospital,katil pesakit sebagai mihrab.Ibadah dalam Islam tidak hanya pada ibadat khusus (solat,puasa,zakat ,haji dll) semata-mata tapi dari sekecil-kecil perkara(bed
making) sehingga sebesar-besar perkara(membantu pesakit melakukan solat).Syaratnya, menghubungkan keikhlasan pada nilai akidah(perhubungan secara lansung dengan Allah).Manfaatkan setiap masa untuk mendapat nilai yang bernilai ini.

Nilai ilmu
Menuntu ilmu merupakan satu pembelajaran sepanjang hayat.. “long life education”.Kriteria melayakkan diri menjadi staff registreted nurse (SRN) Lembaga Jururawat Malaysia adalah perlu mengikuti kursus kejururawatan 3 tahun di kolej kejururawatan yang diiktiraf,lulus peperiksaan LJM,Ini menunjukkan pentingnya Ilmu perawatan dan kemahiran kejururawatan dalam melahirkan seorang jururawat yang kompiten.Nilai ilmu juga bukan sahaja boleh melahirkan jururawat yang kompiten tetapi boleh melahirkan jururawat yang mempunyai nilai integriti.Nilai integrity itu hanya diperoleh dengan ilmu ketuhanan.

Nilai akhlak
Akhlak atau tingkah laku adalah buah kepada ubudiyyah atau pengabdian kita secara terus dengan Pencipta.Nilai akidah dan perjuangan,nilai ibadah dan nilai ilmu mampu melahirkan jururawat yang tinggi ilmunya,baik tingkahlakunya,bersih jiwanya dan sentiasa mengharapkan suasana hospital dan wad adalah suasana yang “bersih”.

Rufaidah atau Florence Nightingale?

“Islam itu TINGGI dan tiada yang lebih tinggi dari ISLAM”

Empayar Uthmaniyyah telah meninggalkan kita..peranan dan sumbangan Nusaybah dan Rufaidah tercatat dalam kanvas sejarah kejururawatan Islam..teori dan konsep kejururawatan Florance Nightingle dan Virginia Henderson menjadi silibus teori dalam subjek Fundamental of Nursing..apakah paradigma yang sesuai untuk melahirkan jururawat yang kompeten dan berintegriti?

Kata-kata Imam Malik :“ Tidak gemilang ummat akhir zaman melainkan kembali melaksanakan apa yang telah menyebabkan ummat terdahulu menjadi gemilang”

Jururawat Islam akan gemilang dengan menjadikan Nusaybah dan Rufaidah sebagai formula pertama dari 7 Fomula Individu Cemerlang,Dr Danial Zainal Abidin(Kenali kehebatan dan potensi diri) dan mengaplikasikan konsep “hikmah” dalam adaptasi teori dan prinsip Florence dan Henderson. Semoga jiwa jururawat muslim bermakna dengan nilai yang ada pada Jururawat Islam..


Read More

Kenali Rufaidah binti Sa’ad Al Aslamy

4948_1177546560856_1293894116_30492471_7110796_n

12 Mei merupakan hari ulang tahun tokoh jururawat Barat yang tidak asing lagi, Florence Nightingale. Hari Jururawat telah disambut oleh seluruh dunia sejak tahun 1965 oleh International Council of Nurses (ICN). Ya, tidak dinafikan sumbangan besar oleh dua golongan ini yang telah begitu banyak menabur jasa dan bakti mereka kepada anak-anak dan kepada segenap lapisan peringkat umur. Di mana-mana sahaja jasa mereka akan diperkatakan dan sumbangan mereka akan diingati. Apabila sakit, kita akan cari mereka. Apabila berduka, kita akan cari mereka. Merekalah Ibu dan merekalah Jururawat kita!

Tidak salah untuk kita memperingati segala jasa dan bakti mereka. Tidak salah menyambut Hari Ibu dan Hari Jururawat. Bagi saya, setiap hari adalah Hari Ibu dan Hari Jururawat! 10 Mei atau 12 Mei cumalah tarikh-tarikh yang diperkenal dan dipopularkan oleh Barat! Kenapa tidak kita ucapkan Hari Ibu dan Hari Jururawat pada setiap hari? Anna Jarvis, Florence Nightingale..mungkin nama-nama ini yang kita kenali sebagai orang yang menjadi perintis atau creator kepada hari-hari bersejarah dunia. Ya, mungkin! Tetapi berapa ramai yang tahu kisah para sahabat Nabi? Tidak ketinggalan kisah Jururawat pada zaman Nabi, iaitu Rufaidah binti Sa’ad.



Setelah Rasulullah menyampaikan risalah Islam banyak tokoh-tokoh Islam di bidang ilmu pengetahuan lahir, pada saat itu Islam memegang peranan penting di semua bidang ilmu pengetahuan seperti Filsafat, Astronomi, Matematik dan bahkan di bidang kesihatan, untuk bidang kesihatan mereka adalah : Ibnu Qoyyim Al-Jauzy, Ibnu Sina ( Avicenna ), Abu bakar Ibnu Zakariya Ar-Razi ( Ar-Razi ), Imam al Ghazali, Abu Raihan Muhammad Al-Biruni dan tak ketinggalan untuk dunia keperawatan seorang tokoh muslimah yang ikut membantu rasul untuk mengubati kaum muslimin yang terluka yang bernama RUFAIDAH BINTI SA’ AD Al- Asalmiya, Ummu Attiyah, dan masih banyak lagi tokoh-tokoh ilmu pengetahuan dan keperawatan lainnya baik di zaman rasul maupun sesudah kerasulan.

Banyak perawat-perawat muslim tidak mengenal Rufaidah binti Sa’ ad, mereka lebih mengenal tokoh keperawatan yang berasal dari dunia barat yaitu Florence Nighttingale seorang tokoh keperawatan yang berasal dari Inggris.Apabila kita menelaah lebih jauh lagi ke belakang jauh sebelum agama Islam menyentuh dunia barat, dunia Barat saat itu mengalami masa kegelapan dan kebodohan di karnakan kebijakan dari pihak gereja yang lebih banyak menguntungkan mereka, tapi disisi lain di belahan dunia lainnya yaitu Jazirah Arab dimana Islam telah di ajarkan oleh Rasulullah ilmu pengetahuan mengalami kemajuan terutama dalam duni keperawatan. Bukan berarti rasul menjadi seorang tabib tapi dalam ajaran Islam yang beliau sampaikan mengandung ajaran dan nilai2 kesihatan seperti: pentingnya menjaga kebersihan diri ( Personal Hygiene ), menjaga kebersihan makanan, mencuci tangan, ibadah puasa, berwudhu dan lain sebagainya.

Rufaidah binti Sa’ad memiliki nama lengkap Rufaidah binti Sa’ad Al Bani Aslam Al-Khazraj yang tinggal di Madinah, dia lahir di Yathrib dan termasuk kaum Ansar yaitu suatu golongan yang pertama kali menganut Islam di Madinah. Ayahnya seorang doktor dan dia mempelajari ilmu keperawatan saat membantu ayahnya. Dan saat kota Madinah berkembang Rufaidah mengabdikan dirinya merawat kaum muslimin yang sakit dan membangun tenda di luar Mesjid Nabawi saat dalam keadaan damai. Dan saat perang Badar, Uhud, Khandaq, dia menjadi sukarelawan dan merawat korban yang terluka akibat perang. Dia juga mendirikan Rumah Sakit lapangan sehingga terkenal saat perang dan Rasulullah SAW pun memerintahkan agar para korban yang terluka di bantu oleh dia.

Rufaidah juga melatih beberapa kelompok wanita untuk menjadi perawat dan dalam perang Khibar mereka meminta izin kepada Rasul untuk ikut di garis belakang pertempuran untuk merawat mereka yang terluka dan rasul pun mengijinkannya. Inilah dimulainya awal mula dunia medis dan dunia keperawatan.

Rufaidah juga memberikan perhatian terhadap aktifitas masyarakat, kepada anak yatim, penderita gangguan jiwa, beliau mempunyai kepribadian yang luhur dan empati sehingga memberikan pelayanan keperawatan kepada pesakitnya dengan baik dan teliti. Sentuhan sisi kemanusiaan ini penting bagi seorang perawat (nurse), sehingga sisi tekhnologi dan sisi kemanusiaan ( human touch ) jadi seimbang.

Itulah sejarah singkat tokoh keperawatan dalam sejarah Islam dan saya akan menjelaskan sejarah perkembangan dunia keperawatan dalam dunia Islam

1. Masa penyebaran Islam ( The Islamic Period ) 570 – 632 M. Pada masa ini keperawatan sejalan dengan perang kaum muslimin / jihad ( holy wars ), pada masa ini lah Rufaidah binti Sa’ ad memberikan sumbangannya kepada dunia keperawatan.
2. Masa setelah Nabi ( Post prophetic era ) 632 – 1000 M. Masa ini setelah nabi wafat, pada masa ini lebih di dominasi oleh kedoktoran dan mulai muncul tokoh-tokoh Islam dalam dunia kedokteran seperti Ibnu Sinna ( Avicenna ), Abu bakar ibnu Zakariya Ar-Razi ( Ar-Razi ), bahkan Ar-Razi sendiri menulis dua karangang tentang ” The Reason why some persons and common people leave a physician even if he is clever “
3. Masa pertengahan 1000 – 1500 M. Pada masa ini negara-negara arab membangun RS dengan baik dan mengenalkan perawatan orang sakit, dan di RS tsb dimulai pemisahan antara kamar perawatan laki2 dan perempuan dan sampai sekarang banyak di ikuti semua RS di seluruh dunia.
4. Masa Modern ( 1500 – sekarang ). Pada masa inilah perawat-perawat asing dari dunia barat mulai berkembang dan mulai ada. Tapi pada masa ini seorang perawat bidan muslimah pada tahun 1960 yang bernama Lutfiyyah Al-Khateeb mendapatkan Diploma Keperawatan di Kairo.

Jadi, demikianlah sekelumit dunia keperawatan dalam Islam dan saya ingin mengajak para pembaca terutama para perawat bahwa ilmu pengetahuan sudah dimulai oleh islam terutama dunia kesihatan dan keperawatan sudah ada di zaman rasul.


Read More

Profail

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Detik Masa


Pesanan


Kunjungan

Pengunjung