Paradigma Dalam Teori Kejururawatan

Kenali kehebatan dan potensi Diri

Oleh: Hadillah Bt Halid

Barat pernah berada di Zaman Kegelapan akibat dari keenganan membuka akal dan mata dan ego serta prejudis terhadap Islam.Hanya selepas Eropah bersedia untuk menerima segala yang berfaedah untuknya, maka barulah terbit cahaya di hujung akal mereka untuk menyalakan Zaman Pencerahan.Kesediaan mereka untuk mengambil apa sahaja yang bermanfaat, telah menyuntik kekuatan kepada Eropah keluar meninggalkan dunia gelap kepada kemajuan yang berterusan hingga ke hari ini.Umat Islam adalah umat yang hebat.Dalam satu episode yang mengagumkanberjaya menguasai dunia dengan ilmu dan tamadun .A.M Lothrop Stoddard didalam The New World of Islam berkata ,” Kebangkitan Islam adalah episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia.Ianya lahir di bumi yang tak terkenal kemudian dalam jangka masa hanya satu abad ia berkembang sehingga menguasai separuh alam.Dalam proses itu ianya meruntuhkan empayar-empayar besar dan serentak dengan itu membentuk hati-hati manusia sehingga akhirnya berjaya menegakkan dunia baru iaitu dunia islam.” (7 Fomula Individu Cemerlang,Dr Danial Zainal Abidin)

Itulah kehebatan empayar Islam di zaman kegemilangan dahulu..


Jururawat IslamBagaimana kita melihat isu Jururawat Islam?Apakah yang dikehendaki oleh Jururawat Islam?Adakah menjadi satu kesilapan jika kita mengambil manfaat dari tokoh jururawat barat Florance Nightingale dan Virginia Herderson yang tidak Islamik?adakah lengkap dengan kita hanya menjadikan tokoh jururawat Nusaybah dan Rufaidah sebagai model kejururawat Islam?



Pendapat inurses,kita perlu kembali kepada fungsi dan tujuan kerjaya jururawat sebelum menjawab persoalan-persoalan tersebut.Fungsi kor Jururawat adalah memberi perawatan
kepada pesakit sehingga mendapat kesembuhan.

NAQAL HIKMAH
Islam pernah menawan 2/3 dunia hanya dalam jangka masa satu abad sahaja.Tamadun yang dihidupkan oleh Islam ini subur digerakkan oleh ciptaan-ciptaan baru,Tradisi keilmuan terus berkembang.Arkitek mampu membina bangunan tinggi yang melawan gravity.Al-Khawarizmi mencita konsep algebra dan algoritma.Ibnu Sina menemui ubatan baru untuk merawat pesakit.Tidak dinafikan kegemilangan sains dalam tamadun islam mendahului zaman.Persoalannya sekarang,kenapa Eropah yang pernah mengalami zaman gelap sekarang diagung-agungkan sehingga hari ni?dalam tidak sedar Eropah telah menggunakan “hikmah” sebenarnya..

“Hikmah itu adalah barangan yang tercicir (dari tangan) orang
Mukmin. Di mana pun beliau menemuinya, maka dialah yang paling berhak terhadapnya”

Hikmah itu bisa sahaja diertikan sebagai segala perkara baik yang menepati keperluan Mukmin. Ia pula bukan sahaja sesuatu yang dianggap ‘harus diguna’ malah digesa mengambilnya apabila ditegaskan betapa Mukmin yang menemuinya menjadi manusia yang paling berhak ke atas hikmah itu.Maka, apa sahaja yang terbaik dalam segala yang baik, seorang yang beriman mesti memanfaatkannya. Kebaikan tidak mempunyai identiti Timur atau Barat, Utara atau Selatan. Asalkan pada asasnya tidak melanggar sunnatullah.


Teori 14 keperluan activity daily living (ADL) yang dicetuskan oleh Virginia Henderson akan membantu pesakit..jadi ianya adalah“hikmah”

• Breathe normally.
• Eat and drink adequately.
• Eliminate body wastes.
• Move and maintain desirable postures.
• Sleep and rest.
• Select suitable clothes-dress and undress
.• Maintain body temperature within normal range by adjusting clothing and modifying
environment
• Keep the body clean and well groomed and protect the integument
• Avoid dangers in the environment and avoid injuring others.
• Communicate with others in expressing emotions, needs, fears, or opinions.• Worship according to one’s faith.
• Work in such a way that there is a sense of accomplishment.
• Play or participate in various forms of recreation.
• Learn, discover, or satisfy the curiosity that leads to normal development and health and use the available health facilities.

"The unique function of the nurse is to assist the individual, sick or well, in the performanc
e of those activities contributing to health or its recovery (or to peaceful death) that he would perform unaided if he had the necessary strength, will or knowledge. And to do this in such a way as to help him gain independence as rapidly as possible" (Henderson, 1966)

Jadi tidak menjadi kesalahan jika kita mengambil prinsip-prinsip dan teori kejururawatan yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh jururawat barat seperti Florance Nightigale dan Virginia Henderson dalam bidang kejururawatan..kerana kita mengambil “hikmah” “segala perkara baik” dari prinsip-prinsip tersebut.Ia akan menepati keperluan dalam memajukan perawatan.

Kita
bukan mengagung-agungkan Eropah tetapi kita hanya mengambil “hikmah” untuk kita menjadi lebih maju..lebih kurang menjadikan yang baik itu teladan dan menjadikan buruk itu sempadan.

Kata-kata Imam Malik :“ Tidak gemilang ummat akhir zaman melainkan kembali melaksanakan apa yang telah menyebabkan ummat terdahulu menjadi gemilang”

Nilai Islam dalam Kejururawatan

“Pada masa dahulu seorang muslimah itu memainkan peranan dimedan jihad.Ia telahmelakukan kerja memberi minum tentera dan merawat orang yang luka.Bahkan kadangkala seorang wanita itu turut serta menghunus senjata.Contohnya Ummu Nusaibah binti Kaab kerana mempertahankan Rasulullah SAW dalam peperangan Uhud.”(Mustafa mashyur)

RUFAIDAH AL-ANSHARIYAH ATAU AL-ASLAMIYAH

Rufaidah adalah seorang wanita dari suku kaum Aslam dan anak kepada seorang tabib yang terbilang dikalangan kaumnya di Yathrib ( Madinah ) dan juga di Semenanjung Tanah Arab.

Beliau banyak belajar tentang perihal penyembuhan dan perawatan dari bapanya semasa beliaumembantu bapanya merawat pesakit. Rufaidah merupakan seorang gadis yang mempunyai keperibadian yang mulia,lemah lembut dan bersopan santun. Sifat penyabar,dan penyayangnya telah membantu meringankan kesakitan dan penderitaan para pesakit yang dirawati.

Rufaidah
telah mengistiharkan keislamannya dengan disaksikan oleh utusan-utusan Rasullah SAW di Yathrib setelah mendengar beberapa potong ayat Al Quran,dan keislamannya itu telah menjadikan beliau bersifat lebih sabar dan menyayangi dan mengasihi sesame insan. Beliau telah dengan penuh kerelaan mempertingkatkan usaha dalam dunia perawatan dan melatih ramai wanita dan remaja yang terdiri dari muslimah untuk mendalami ilmu perawatan.

Beliaulah
merupakan pengasas sekolah kejururawatan yang pertama dikalangan umat Islam pada ketika itu.Semasa bermulanya peperangan jihad,Rufaidah telah memohon keizinan dari Rasullullah SAW untuk bersama sama sekumpulan wanita terlatih untuk menyertai medan p
eperangan bagi membantu memberi rawatan kepada para tentera yang tercedera dan yang memerlukan bantuan pengubatan. Selepas peperangan Badar,Rufaidah telah kembali ke Yathrib dengan memulakan satu era perawatan yang baru dengan mendirikan sebuah khemah sebagai markas untuk melaksanakan aktiviti rawatan dan perawatan.

Beliau menghabiskan banyak masa di khemah tersebut untuk berkhidmat kepada orangramai Ibnu Ishaq menyebutnya dalam kisah Sa’ad bin Mu’adz ketika dia terluka diparit pertahanan.Kemudian Rasullullah SAW bersabda: “Tempatkan dia di khemah Rufaidah yang berada di masjid, hingga aku menjenguknya sebentar lagi..” Dalam Al-Adabul Mufrad,Bukhari berkata: Diceritakan kepada kami oleh Abu Nu’aim: Dia berkata:” Ketika lengan Sa’ad terluka ketika peperangan Khandaq,maka dikatakan:

“Bawalah
dia kepada seorang wanita bernama Rufaidah, kerana dia akan mengubati orang-orang yang
terluka “ Adalah Rasullullah SAW apabila singgah ke tempatnya,beliau bersabda:” Bagaimana keadaanmu di petang ini?” Sedangkan apabila waktu pagi, Nabi S.A.W bersabda:

“ Bagaimana keadaanmu diwaktu Pagi?.” Disini jelas menunjukkan kegigihan dan kesungguhan Rufaidah dalam

melaksanakan tugas perawatannya seperti yang digambarkan bahawa beliau bekerja untuk satu jangkamasa yang panjang dan ini jelas diperakui oleh Rasullullah SAW. Maka sesungguhnya Rufaidah adalah perintis bidang Kejururawatan yang terulung.

Khemah Rufaidah di Masjid Nabawi yang dibinanya pada tahun 2 Hijrah bersamaan 624 Masehi,tetap menjadi contoh yang cemerlang dalam bidang Kejururawatan dizaman permulaan Islam sehingga ke hari ini. Sumbangan dan dedikasi beliau jelas mendahului Florence Nightingale iaitu 1200 tahun lebih awal.

Florence Nightingale
(12 May 1820 – 13 August 1910) yang dikenali “The Lady With The Lamp”.Dia terkenal sebagai
pelopor dalam bidang kejururawatan dan sumbangannya bersama 38 volunteer nurses dalam Crimean War.Rufaidah atau Florence Nightingale?

Nilai akidah dan perjuangan
Memasukkan elemen ketuhanan dan ketauhidan dalam melakukan perawatan memberi nilai pada nilai jururawat Islam.Meletakkan sifat hamba pada hubungan dengan Allah dan melaksanakan sifat khalifah pada hubungan dengan manusia.Tidak salah saya mengatakan
‘bekerja’ sama dengan ‘berjuang.’Kembali kepada “Begin with the end in mind”> cita-cita yang
paling tinggi bagi seorang jururawat Islam adalah melihat pegangan utuh (aqidah) itu dijelmakan dalam bentuk penghayatan dan direalisasikan dalam kehidupannya dihospital. Mulakan langkah awal perjuangan dengan kesedaran aqidah.

Nilai Ibadah

Ibadah adalah berhubung dengan hubungan antara hamba dengan Pencipta.Dalam konsep perawatan, ibadah berkait dengan konsep doa dan tawakkal.Mulakan langkah pertama bekerja dengan doa,mulakan perawatan dengan doa dan akhirinya juga dengandoa.Nilai ibadah juga akan dicapai pada menjadikan hospital,katil pesakit sebagai mihrab.Ibadah dalam Islam tidak hanya pada ibadat khusus (solat,puasa,zakat ,haji dll) semata-mata tapi dari sekecil-kecil perkara(bed
making) sehingga sebesar-besar perkara(membantu pesakit melakukan solat).Syaratnya, menghubungkan keikhlasan pada nilai akidah(perhubungan secara lansung dengan Allah).Manfaatkan setiap masa untuk mendapat nilai yang bernilai ini.

Nilai ilmu
Menuntu ilmu merupakan satu pembelajaran sepanjang hayat.. “long life education”.Kriteria melayakkan diri menjadi staff registreted nurse (SRN) Lembaga Jururawat Malaysia adalah perlu mengikuti kursus kejururawatan 3 tahun di kolej kejururawatan yang diiktiraf,lulus peperiksaan LJM,Ini menunjukkan pentingnya Ilmu perawatan dan kemahiran kejururawatan dalam melahirkan seorang jururawat yang kompiten.Nilai ilmu juga bukan sahaja boleh melahirkan jururawat yang kompiten tetapi boleh melahirkan jururawat yang mempunyai nilai integriti.Nilai integrity itu hanya diperoleh dengan ilmu ketuhanan.

Nilai akhlak
Akhlak atau tingkah laku adalah buah kepada ubudiyyah atau pengabdian kita secara terus dengan Pencipta.Nilai akidah dan perjuangan,nilai ibadah dan nilai ilmu mampu melahirkan jururawat yang tinggi ilmunya,baik tingkahlakunya,bersih jiwanya dan sentiasa mengharapkan suasana hospital dan wad adalah suasana yang “bersih”.

Rufaidah atau Florence Nightingale?

“Islam itu TINGGI dan tiada yang lebih tinggi dari ISLAM”

Empayar Uthmaniyyah telah meninggalkan kita..peranan dan sumbangan Nusaybah dan Rufaidah tercatat dalam kanvas sejarah kejururawatan Islam..teori dan konsep kejururawatan Florance Nightingle dan Virginia Henderson menjadi silibus teori dalam subjek Fundamental of Nursing..apakah paradigma yang sesuai untuk melahirkan jururawat yang kompeten dan berintegriti?

Kata-kata Imam Malik :“ Tidak gemilang ummat akhir zaman melainkan kembali melaksanakan apa yang telah menyebabkan ummat terdahulu menjadi gemilang”

Jururawat Islam akan gemilang dengan menjadikan Nusaybah dan Rufaidah sebagai formula pertama dari 7 Fomula Individu Cemerlang,Dr Danial Zainal Abidin(Kenali kehebatan dan potensi diri) dan mengaplikasikan konsep “hikmah” dalam adaptasi teori dan prinsip Florence dan Henderson. Semoga jiwa jururawat muslim bermakna dengan nilai yang ada pada Jururawat Islam..

0 comments:

Post a Comment

Profail

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Detik Masa


Pesanan


Kunjungan

Pengunjung